Monday, September 9, 2013

Bila Syiah dan Gangster dilantik sebagai wakil rakyat

Kejadian dimana gangster dan penganut Syiah diangkat menjadi ADUN dan MP di Malaysia amat menakutkan. Di zaman ini masyarakat tak terfikir bahawa perbuatan mereka menyokong party tertentu terutama DAP dan PAS mengundang padah besar. Mungkin mereka buta politik sehingga tak mengetahui bahawa seorang ADUN dan MP mempunyai peranan menentukan halatuju undang undang di Negara kita dalam DUN dan Parlimen!
 

Gambar lima gangster berbahaya ditembak mati polis di Sungai Nibong Pulau Pinang
5 Gangster mati ditembak selepas menyerang anggota polis. Inipon nak dapat pembelaaan DAP!
 

Bila kematian anggota polis tak berharga dan kematian gangsters lebih berharga buat ahli politik DAP dari Segambut!
 
 
Oleh itu tak hairan bila PDRM mengumumkan seorang bekas gangster yang pernah ditahan dalam Emergency Ordinance boleh menjadi ketua cawangan party di negeri yang dikuasai oleh pembangkang iaitu Pulau Pinang. Tidak hairan juga jika sebuah party komponen Pakatan  menyediakan bantuan guaman untuk anggota komunis dan  anggota keluarga gangster yang ditembak mati di Pulau Pinang baru baru ini
 
 
Juga tak hairan bila ADUN PAS menolak Enakmen Anti Syiah di Kedah kerana sebilangan besar yang dilantik juga pernah menentang mantan MB Kedah iaitu Datuk Seri Ustaz Azizan kerana fikrah Syiah sesat mereka .
 

Konon Syiah menentang Enakmen Anti Syiah sebab Kerajaan "tak Islamik". ADUN PAS yang menolak Enakmen Syiah itu tahu atau tidak Syiah adalah ajaran SESAT?

Hari ini Ustaz Zamihan dari KDN mencadangkan supaya ISA diwujudkan semula untuk menangani isu keselamatan Negara. Rujuk berita di bawah untuk makluman lanjut
 
 
KUALA LUMPUR 8 Sept. – Malaysia memerlukan undang-undang berbentuk pencegahan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat bagi menangani isu-isu berkaitan Syiah.
 
 
Penolong Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam), Dr. Zamihan Md. Zain berkata, ISA pada era pentadbiran Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad digunakan untuk menahan pendokong-pendokong Syiah tegar dan tindakan itu berjaya menyekat ajaran Syiah daripada terus berkembang.
 
 
Menurut beliau, perkara tersebut berdasarkan pengalamannya sendiri sebagai pegawai yang menguruskan tahanan-tahanan ISA ketika itu.
 
Sebab itu kita mencadangkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 berperanan sebagai pencegahan ideologi ekstremis. Secara peribadi saya menyokong ISA kerana mampu menjadi undang-undang pencegahan paling berkesan terutama dalam menangani kes-kes seperti ini (Syiah),” katanya.
 
 
Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Modus Operandi Gerakan Syiah dan Ancamannya Kepada Kestabilan Negara dalam Seminar Mendepani Virus Syiah di Dewan Muktamar, Pusat Islam di sini hari ini.
 
Seminar itu dianjurkan Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Islam (Muafakat) dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Jabatan Mufti Terengganu serta Jabatan Mufti Sabah.
Zamihan berkata, dengan adanya undang-undang berbentuk pencegahan pihak berkuasa mempunyai kuasa mendepani sebarang isu termasuk penyebaran fahaman Syiah di peringkat awal.
Menyentuh perkara sama, beliau turut meminta pihak berkuasa agama negeri-negeri memperhebat operasi menggempur markas-markas Syiah tanpa berasa gentar.
Beliau berkata, sejak Syiah diwartakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1984 dan 1997, usaha-usaha penguatkuasaan tidak banyak dilakukan.
 
Setakat ini, sebanyak 10 negeri mengharamkan Syiah dan tiga negeri lagi dalam proses pewartaan dan kini agensi penguatkuasaan agama perlu menjalankan peranan mereka dengan lebih agresif,” katanya.
 
Menurut beliau, Syiah merupakan isu akidah dan semua pihak perlu bersama-sama menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan lebih berkesan serta tidak berkompromi.
 

No comments: